Sebuah Karya Pembangun Jiwa

Untuk Para Pencari

Dari Penulis Noktah Terjahit

Pencinta Kebenaran

Sekilas

Rakaman perjalanan insan yang sering berbolak-balik hati dan perasaan, bertelagah fikiran dan kepercayaan dalam mencari kedamaian di sebalik kedewasaan yang menjerut. Lalu cinta muncul menyelamatkan; memerikan kisah empat orang wanita teladan untuk mengeluarkan insan dari kusut kemelut.

MM 22

Denai Cinta..

adalah bicara tentang cinta, namun ia bukan novel cinta. Barangkali tajuknya boleh membuat orang menyangka ia sebuah kisah cinta Romeo dan Juliet. Tidak.

Keperitan yang kau relakan telah menatijahkan mutiara kesedaran yang tidak dapat diperolehi di mana-mana institusi pengajian.

Hargailah kesedaran ini.

Bahawa cinta harus dimaknai dengan pengorbanan dan perjuangan.

Perlu dibumbui dengan kefahaman hidup berTuhan.

Perlu dibuktikan dengan tingkah dan tindakan.

Bukan sekadar ucapan di lidah tak bertulang.

Bukan juga semata-mata lafaz sayang, dan wayang romantis yang dipertontonkan.

Cinta adalah kemurnian yang harus menghantar insan kepada Tuhan.

(Denai Cinta, halaman 212)

Buat Pembelian Sekarang

Jemput dapatkan Denai Cinta di laman Tijarah. Sebarang kemusykilan boleh hubungi kami di mana-mana platform sosial, in syaa Allah.

Please wait while flipbook is loading. For more related info, FAQs and issues please refer to DearFlip WordPress Flipbook Plugin Help documentation.

Cuplikan Kata

Apalah sangat yang ada pada perkataan manusia, melainkan yang memberi makna ialah pengertian yang datang dari petunjuk Pemilik Semesta.

Di denai yang terasing, ia membawa diri – tertegun tanpa sempat memahami banyak realiti yang perlu dijalani. Namun perjalanan tetap dilanjutkan, demi hidup yang masih belum mampu dimengerti.

Ada rasa usang, kesendirian yang tak mampu dijelaskan. Sepi, sunyi, kosong, menatap denai yang semakin tidak dikenali. Jiwa itu mencari, menggelintar kalimat untuk memuntahkan elegi bagi membebaskan kebisuan yang menyelimuti diri.

Reviu Pembaca

Perkongsian jujur yang dititipkan oleh para pembaca Denai Cinta menerusi saluran yang disediakan. Anda juga boleh berkongsi pendapat anda sebaik sahaja selesai pembacaan tau.

Ulasan Lanjutan

Penulisan berkala untuk menjelaskan Denai Cinta

Perjalanan Mencari Hikmat

Adapun Denai Cinta adalah satu gabungan fiksyen dan bukan fiksyen, puisi dan prosa, curhat dan nasihat. Semuanya cuba diramukan dengan hati-hati agar ia dapat menyampaikan makna yang melekat.